Pelbagai Tepung Kek Segera

Pelbagai Tepung Kek Segera

Pengenalan Rempah Ayam Madu Nek Wan

Assalamualaikum buat peminat dan bakal peminat ayam madu...

Rempah Ayam Madu Nek Wan adalah satu perusahaan kecil-kecilan dari rumah bertempat di Kampung Durian Burung Kuala Terengganu.

Kami memulakan perusahaan ini sejak dari bulan Mac 2014 dan hanya dipasarkan secara online sahaja.

Namun begitu, terdapat juga pelanggan-pelanggan kami yang berminat untuk menjadi rakan niaga dan kami menawarkan harga terbaik untuk anda sebagai rakan niaga kami.

Idea untuk menghasilkan rempah ini adalah di sebabkan wujudnya masalah untuk ibu-ibu mahupun mereka yang bujang untuk menyediakan hidangan yang cepat tetapi berkhasiat untuk keluarga.

Kami juga memahami kesukaran anda untuk menyediakan rempah yang sedap untuk membuat BBQ di samping sukatan rempah yang kadang-kadang tidak menepati citarasa anda.

Dengan 1 pek rempah ini, anda boleh menggunakan untuk perapan sebanyak 3 ekor ayam. Jika anda ingin lebih ayam, kami sarankan anda tambahkan sukatan untuk gula dan jika ingin lebih rasa, boleh tambahkan rempah-rempah lain seperti bawang kisar, serai kisar dan halia, perapkan sekali selama beberapa jam.

Kelebihan rempah ini didatangkan dalam bentuk debu dan ia boleh disimpan sehingga 6 bulan. Dengan pek yang kecil, ia mudah di bawa ke mana-mana. Anda boleh goreng atau panggang mengikut citarasa anda.

Tips masakan, sewaktu memanggang, campurkan sekali dengan minyak zaitun bagi menambahkan lebih rasa ayam dan rempah tidak kering.

Jika anda berminat untuk merasai produk kami, kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami melalui Whatsapp 012-8325282






Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Letakkan komen anda di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts